Thursday, May 7, 2009

Al Fatihah

Ustaz dipanah petir sampai berasap

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my



AZILA (kanan) bersama anak bongsunya ketika menunggu jenazah suaminya di Rumah Mayat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


ALOR SETAR - Malang tidak berbau. Seorang guru bergelar ustaz dari Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu meninggal dunia akibat terkena panahan petir ketika menunggang motosikal bersama seorang anaknya di Kampung Tok Keling di sini semalam.

Mangsa Mohd. Fozei Saad, 41, disahkan mati sebaik sampai di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini manakala anaknya keduanya, Mohd. Erdi, 11, melecur teruk dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).




--------------------------------------------------------------------------------



Semasa kejadian pada pukul 1.30 petang, kedua-dua beranak itu dalam perjalanan pulang dari sekolah dan mengguna laluan di tali air itu.

Selepas terkena panahan petir, Mohd. Fozei dan anaknya terjatuh ke dalam tali air sedalam kira-kira satu meter bersama motosikal.

Mengikut sepupu mangsa, Fauzi Majid, 44, beliau yang kebetulan berada di luar rumah dapat melihat panahan petir yang menyambar Mohd. Fozei yang menunggang motosikal.

“Dalam jarak kira-kira 200 meter saya nampak petir sambar arwah sehingga keluar asap,” kata beliau ketika ditemui di HSB semalam.

Beliau dan beberapa rakan terus ke tempat kejadian dan mengangkat Mohd. Fozei dan anaknya serta memberikan bantuan kecemasan.

“Ketika itu mereka sudah tidak sedarkan diri. Arwah mungkin terkena panahan petir di belakang badan kerana banyak kesan melecur di situ. Anak arwah pula mungkin hanya terkena tempias petir,” jelasnya.

No comments: