Friday, June 20, 2008
Posting kedua ke Borneo
Posting kedua ke sabah pada bulan disember 12 hb 1995. Naik bas dari Kota Sarang Semut dengan seorang rakan yang kini bergelar jutawan MLM. Pagi esoknya kami sampai di Puduraya . Solat subuh di Puduraya dan pergi ke rumah sewa kawan-kawan dekan Tman Maluri. Lepak di Kuala Lumpur sehari dan petangya berkumpul di Wisma Belia . Di Wisma Belia ada juga kawan-kawan sekampung ditempatkan ke Sabah juga ( Md Yusoff Osman ). Dua minggu ditempat di hotel Diamond Inn Kota Kinabalu sebelum ditempatkan ke serata pelusuk Sabah. Ramai kawan-kawan yang hairan saya cekap selok belok Kota Kinabalu . Maklumlah belajar di Maktab Perguruan Gaya Kota Kinabalu . Memang dah tahu keadaan di sana . Malam terakhir kami diberikan surat posting. Tapi saya rilek sahaja kerana sebelum pulang ke Kedah dah dapat tahu di mana ditempatkan . Esoknya kami bertolak dari Kota Kinabalu ke Keningau. Saya dilantik menjadi ketua rombongan. Inin adalah kerana sudah pernah berada di keningau semasa Latihan mengajar . Kami menaiki tiga buah bas mini ada yang lucu ada juga yang muntah-muntah kena angin tanah tinggi di Gunung Emas. Masing-masing risau kerana menyangkakan Keningau kawasan yang mundur.
Wednesday, June 18, 2008
Tuesday, June 17, 2008
Jejak Pertama di kepulauan borneo
Disember 1991 , Pertama kali menjejakkan kaki di sabah bumi di bawah bayu. Tak ingat berapa jumlah kawan-kawan yang dipostingkan ke sabah. Tempat pertama ialah SMC likas. Rupa-rupanya hospital pula tempat tu. lepas duduk di SMC seminggu kami dipostingkan . tapi 3 orang kami apai dan gahpar duduk lepak di SMA Kota Kinabalu selama 5 hari. Di sana kami menduduki UKLP dan terbang ke Lahad Datu naik forker.
Monday, June 16, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)