Friday, December 26, 2008

Rakan-rakan Ham Radio yang sempat berjumpa masa cuti

23 Disember dalam perjalanan sempat eveball dengan 9W2DMG di Changkat Jering Perak . Banyak perkara yang diperkatakan tapi perjalanan masih lagi jauh untuk ke Sabak Bernam .Dalam perjalanan juga sempat QSO dengan cikgu Lan 9W2SMR di Bagan Serai dia pernah bertugas di Keningau. Malam 25 Disember Eveball dengan rakan-rakan Ham Radio Sungai Besar 9W2VVH pak Khusairi dengan rakan-rakan yang lain . Dalam perjalanan pulang ke hotel sempat bersalaman dengan 9W2IO1 yang dalam perjalanan ke UKM .

Wednesday, December 17, 2008

Jambatan Pulau Bunting

Dua kali ke pulau Bunting dekat Sedaka Yan Kedah dengan jiran kat rumah dan Ust Najmuddin. Kali kedua berhasil juga ikan bedukang dan ikan gelama yang memakan mata kail. Walaupun ikan gelama yang memakan umpan hati ada senang hee.

Friday, November 28, 2008

Udang Galah

Cuti ni aktiviti Kelmarin pergi ke Pekan Simpang Kuala dengan Che Ani memancing udang galah . Boleh lah 3 ekor sahaja . Banyak kali umpan dimakan tetapi belum lagi mahir sentakan untuk naikan udang .

Wednesday, November 12, 2008

Sunday, November 2, 2008

50:50







Gambar semasa pergi memancing di Binsuluk dengan Ust Haziq Abd Rahman, Ustaz Najmuddin Azizan ,Cikgu Zahir Baharom , Cikgu Azmi , Ust Ag Hajis Ag Anak dan Cikgu Malik Girim .

Wednesday, October 29, 2008

Pomosi Sikit












Sabtu lepas ikut trip ke Kota Kinabalu lawatan dengan murid-murid tahun enam Sk. Pekan Keningau. Macam-macam peel ada riuh rendah juga . Yang leceh ada yang terkunci di luar bilik Kompleks Tabung Haji. Malu la cikgu dengan house keeping hi . hii .Lokasi pewrtama ialah Akarium ikan UMS banyak juga ikan sedap kalau dimasak stim heee... Lepas tu cikgu Malik Girim ajak ke rumah bakal adik iparnya jauh juga geng di menumbuk kg Tg Aru . Lepas naik bukit turun bukit ikut ladang Felcra baru lah sampai di kampung. Rupa-rupanya tok Imam dok tunggu kami sampai baru acara dimulakan. Dah la tu tersesat jalan dekat pekan Beuofort . Akhirnya sampai juga ke lokasi dengan hujan lebat. Tok imam di situ memang sporting . Sebelum akad nikah dijalankan ada training dulu terima nikahnya.

Friday, October 3, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri





Hari raya menjelanglagi . terasa sungguh cepatnya Ramadhan berlalu tiba-tiba sahaja hari raya. Semoga amalan sebualan ramadhan diberkati oleh Allah .

Tuesday, September 16, 2008













Petang tadi 17 Ramadhan pergi ke bengkel MONSTER tengok jelopi tengah diketuk-ketuk inilah hasilnya .

Saturday, September 13, 2008

Aktiviti Petang di Keningau

Petang tadi sebelum berbuka puasa anak-anak ajak bersiar-siar di Keningau. Inilah tempat taman permainan yang menjadi kegemaran ramai kanak-kanak tapi saya tak suka sebab banyak nyamuk ha.. ha..






Thursday, September 11, 2008

Perjalanan ke SK Tulid Keningau














Pertama kali menjejak kaki ke Tulid Keningau. Perjalanan yang ditempuh jalan gravel.
lepas menjaga peperiksaan saya dengan Sifu Kiflee Itah dan Sifu Malik Girim pergi ke SK Lanas, SK Batu Lunguyan. Di pertengahan jalan kelihatan gigihnya murid-murid sekolah berjalan kaki untuk ke sekolah dengan melalui jalan gravel. Hari kedua bertemu dengan orang-orang kampung Sinulihan . Menurut mereka pada hari itu baru dapat bekalan eletrik 24 jam setelah menunggu selama 31 tahun.

Monday, August 11, 2008

Combat sedang repair






Inilah jelopi saya . Banyak jasanya . Menjadi bahan ketawa kawan-kawan maklumlah kereta mereka semuanya besar-besar belaka. Tidak mengapa .......