Saturday, August 29, 2009

Visit Sabah 2009





Salah satu contoh sekolah tandas yang boleh kita beri pujian . Murid-murid bergotong royong membersihkan dan menghias . Sekolah Kebangsaan Dallas Kota Belud berhampiran Pekan Nabalu Sabah.






Kampung Lobong-Lobong salah sebuah tempat Sabah Adventure Chalange 2009

Batu di Kampung Lobong-Lobong Kota Belud yang dikatakan seakan-akan bentuk Gunung Kinabalu


Beri ikan Pelian ( Kelah ) makan di kampung Luanti Ranau

Saturday, August 22, 2009

Terbang





Untuk terbang perlu mendapatkan lesen dari DCA dan perlu mengikuti beberapa jam yang ditetapkan kursus pemanduan . Harga sebuah pesawat kecil ini yang paling murah dalam anggaran RM 80 000 . Pesawat ini diimport dari Kanada . Menurut mereka yang mengendalikan pesawat ini adalah terjamin dari segi keselamatanya . "Selamat terbang "

Friday, August 21, 2009

Monday, August 10, 2009

Saturday, July 25, 2009

Antenna Radio

Semasa ke Hillview Gardens Amatuer Radio Club 9M6AAC KENINGAU.


Tuesday, June 16, 2009

Perjalanan ke Tawau

Ini tengkorak tembadau







Inilah najis gajah berhampiran dengan pintu masuk ke Maliau Basin

Hari khamis yang lalu peergi bawa keluarga jalan-jalan makan angin di tawau. Perjalanan ke Tawau menggunakan jalan Keningau - Kalabakan . Sedikit info jalan grabel 149KM lebih kurang. Kelajuan dalam 60 - 70 KMH . Tempat yang menarik dalam perjalanan ialah Maliau Basin The lost world . Binatang kami tak jumpa tetapi tengok sendiri dalam gambar . Menurut renjer di sana cuaca di waktu malam amat dingin dan gajah berkeliaran di sekeliling kawasan pejabat Maliau Basin.Info kalau nak melalui jalan tersebut tayar spare bawa 2 biji, kalau kereta tidak ada 4WD bawa tali manalah tahu terbabas boleh minta tarik. Info lagi telefon bimbit tidak ada signal, Radio Amatuer pon tak boleh digunakan . Perjalanan Keningau - Tawau memakan masa lebih kurang 6 jam.

Cuti Semester

Cuti semester ini balik kampung mau jumpa keluarga konon . Tapi sempat juga pegi ke Jambatan Pulau Bunting . Seekor ikan pun tak dapat .Cuma rasa menarik adalah juga. Kesempatan cuti ni catat rekod pergi Padang Besar dua hari berturut-turut . Pemandu pelancong konon bawa kawan-kawan cikgu jaafar, cikgu gani ajim cikgu ting , cikgu moni dan cikgu karim . Depa borong sakan . Tak lupa juga promosikan nira nipah di pertengahan jalan nak pulang . Pengalaman mereka pertama minum nira nipah.