9W6MAZ saudara Mohd Faudzan yang memperkenalkan radio amatuer semasa berada di Kota Kinabalu . Di Keningau pula selalu berjumpa 9W6LZ yang selalu menyuruh menduduki exam radio. Akhirnya bulan 11 2006 saya mendudduki exam radio pertama di USM Nibong Tebal Pulau Pinang. Malangnya kantoi. Selepas bulan jun 2007 sekali lagi menduduki exam radio di tempat yang sama . Alhamdulillah lulus
SK. Tanjung Labian Lahad Datu Sabah ia merupakan sekolah pertama saya ditempatkan sebagai guru sandaran . Bermula januari 1995 sehingga mei 1995 saya berada di sana. Masyarakatnya terdiri dari kalangan bangsa bajau. Mereka berkerja sendiri seperti nelayan , tukang besi ( Membuat Parang ) , berkebun dan ada juga kakitangan kerajaan.Suasana di sana sungguh nyaman dan bagi kaki pancing memang best.